ESEI FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN
1.0 PENGENALAN
Seorang
sasterawan negara, Datuk A Samad Said telah mengilhamkan sebuah sajak yang intipatinya
memberi inspirasi kepada pengstrukturan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru,
Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Setiap kalimat yang dinyatakan mempunyai maksud
yang tersirat dalam menaikkan martabat seorang guru dalam memperteguhkan
peradaban bangsa melalui pendidikan. Kalimat ‘Obor Hemah’ yang diungkapkan
mengambarkan guru sebagai seorang yang penuh dengan kemuliaan, keikhlasan serta
tanggungjawab dalam melahirkan anak didik yang glokal, iaitu berakar nasional
dan berakal internasional.
Peranan seorang guru dalam
struktur peradaban bangsa adalah penting bagi pembentukan masyarakat berilmu
serta pemupuk perpaduan bagi melahirkan masyarakat mempunyai nilai etika kukuh
dan mampu bersaing di peringkat global. Oleh itu, guru seharusnya menerapkan
kaedah pembelajaran bagi menjayakan aspirasi negara dengan menerapkan
pembeljaran bermakna disamping kaedah pembelajaran yang dipelbagaikan bagi menjadi
seorang guru yang profesional di negara yang sedang membangun ini. Menurut
Ausubel (Hudoyo, 1998) bahan pelajaran yang dipelajari haruslah “bermakna”
bermaksud bahan pelajaran itu mestilah sepadan dengan kemampuan pelajar dan
harus relevan dengan struktur kognitif yang dimiliki pelajar. Oleh itu,
terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru iaitu mempelbagaikan kaedah pembelajaran
berteraskan perkembangan pendidikan dan teknologi terkini, berusaha untuk meningkatkan kualiti dan
perkembangan kendiri, menghadiri kursus profesionalisme keguruan iaitu Professional
Learning Community (PLC) dan Kaedah ‘Lesson Study’.
2.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENINGKATKAN PROFESIONALISME GURU
Profesionalisme
keguruan merupakan aspek utama bagi mengenal pasti kredibiliti seorang warga
pendidik dalam m,embentuk peradaban bangsa. Seseorang guru yang bersikap
profesional perlu mempunyai keperibadian dan kemahiran yang holistik yang melengkapi
segala aspek perguruan.
Antara wahana yang seharusnya dipraktikkan bagi meningkatkan profesionalisme perguruan
2.1) Mempelbagaikan
kaedah pembelajaran berteraskan perkembangan pendidikan dan teknologi terkini
Dunia pendidikan
dalam Abad ke -21 (PAK21) sering menekan pembelajaran yang berteraskan
teknologi kerana implikasinya menunjukkan kepada peningkatan taraf pendidikan
sebuah negara. PAK21 adalah lebih berfokuskan
kepada pelajar manakala guru sebagai fasilitator yang mana kaedah ini
lebih dinamik dan kreatif, sesuai dengan adanya teknologi. Pembelajaran ini telah dipraktikan di negara luar dan
lebih berkonsepkan self learning. Ini
kerana, kaedah pembelajaran sebegini menerapkan elemen kreativiti dan inovasi.
Penggunaan
alatan atau
aplikasi yang lebih dikenali sebagai ICT seperti powerpoint, microsoft,
komputer dan visual menjadi satu nilai tambah kepada guru bagi memudahkan sesi
pembelajaran. Kaedah konvensional "chalk and talk" yang secara
dasarkan ditekankan kepada semua murid sejak zaman dahulu lagi dilihat
memerlukan anjakan kepada kaedah yang lebih dinamik dan kreatif. Hal ini dapat
membantu murid mengembangkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dengan ilmu yang
bakal diperolehnya melalui sebuah platform yang baharu tanpa limitasi. Oleh
yang demikian, pembelajaran bermakna akan berlaku disamping murid akan lebih berdikari dan mengaplikasikan ilmu yang
diperoleh dengan kreatif dan kritis selain membina perwatakan mereka.
2.2) Berusaha untuk meningkatkan
kualiti dan perkembangan kendiri
Keperibadian seorang guru yang sentiasa bersedia
dalam apa jua keadaan bagi menerima segala perubahan serta tinggi nilai integritinya
adalah merupakan hasrat yang digariskan dalam tema hari guru. Ini kerana, seseorang
pendidikan seharusnya bersikap terbuka disamping mempunyai nilai serta etika
yang baik dalam kerjaya seorang guru. Justeru itu, konsep kendiri seseorang
guru haruslah unggul seterusnya mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif dan selesa.
Kaedah pembelajaran yang diterapkan oleh guru perlu mempunyai kreativiti dan
teknologi selari dengan peradaban bangsa bagi menarik minat murid.
Contohnya, usaha guru yang telah membangunkan sebuah platform interaktif buat
para guru bagi mempelbagaikan kaedah pembelajaran selari dengan dunia sains dan
teknologi. Kaedah pembelajaran maya ini iaitu Google Classroom merupakan kaedah PdPC
yang menepati ciri-ciri PAK21. Perkembangan dunia pendidikan di bawah sebuah
platform yang lebih canggih membantu perkembangan kognitif murid yang mana pada
asalnya mempunyai pengetahuan hanya berpandukan buku teks sahaja. Namun selepas
didedahkan, ilmu pengetahuan yang diperolehi akan melebihi pengetahuannya
berpandukan buku teks. Secara tidak langsung, murid akan mengaitkan ilmu sedia
ada di dalam buku teks dengan ilmu yang ada di platform pembelajaran maya
sekaligus mencipta sebuah pemebalajaran bermakna.
2.3) Menghadiri kursus
profesionalisme keguruan iaitu Professional Learning Community (PLC)
Tahap kognitif seseorang pelajar
hari ini semakin cerdas mengikuti peredaran zaman sehinggakan silibus pelajaran
terpaksa digubal kembali. Justeru, usaha bagi meningkatkan keberkesanan sebuah
PdPc harus diteliti semula dengan bebebrapa inisiatif latihan kepada para guru
untuk lebih bersedia. Ini kerana untuk meningkat perkembangan sesuatu bangsa
memerlukan usaha yang tidak berbelah bahagi oleh seorang warga pendidikan
bertepatan dengan tema hari guru iaitu “obor hemah”. Oleh yang demikian, sebuah
pendekatan oleh pihak kerajaan melalui penubuhan PLC.
Perlaksanaan PLC adalah
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian sekolah secara bersepadu dengan menumpukan
kepada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Hal ini bagi
membina hubungan yang berkualiti serta mengalakkan seseorang guru itu bekerja
secara kolaboratif dalam membuat inkuiri tindakan bagi meningkat tahap
pencapaian murid ke tahap yang lebih tinggi. Secara
umumnya, pembudayaan PLC secara menyeluruh pada sesi PdPc akan melancarkan
pembelajaran sekaligus mengurangkan kebergantungan guru kepada arahan pihak
atasan. Oleh yang demikian, guru lebih terbuka untuk menggunakan
pendekatan yang lebih kreatif serta inovatif semasa sesi PdPc. Program PLC ini wajar disambut baik oleh semua pihak
khususnya warga pendidik dalam hasrat untuk mencapai objektif program yang
telah digarisi dalam aspirasi pendidikan negara
2.4) Kaedah ‘Lesson Study’
Lesson
Study (LC) adalah program pembangunan professional guru dalam sebuah komuniti guru
yang mengalakkan kolabrasi antara beberapa pihak. Program ini memfokuskan
perkembangan guru yang bergiat aktif dalam kalangan guru kerana ia memberi
nilai tambah kepada individu dan kumpulan. Ini kerana konsep LC adalah lebih berorientasikan
penilaian dan melakukan refleksi secara berkumpulan. Justeru, setiap
permasalahan dan kesilapan akan lebih mudah diselesaikan bagi menjadikan sebuah
PdPc menjadi lebih efektif. Program ini menekankan penambahbaikan bagi
mengstruktur kembali kekurangan seterusnya memurnikan lagi kaedah pengajaran
mahupun cara penyampaian di dalam kelas. Kaedah perkongsian secara berkumpulan
ini secara umumya dikenali sebagai konsep
pementoran dan perkongsian kepakaran. Konsep ini akan memberi peluang kepada
guru untuk mencari kelemahan disertakan dengan beberapa cadangan membina oleh
rakan sekerja lain. Contohnya aspek seperti keberkesanan kaedah
pengajaran, tahap keefektifan penggunaan bahan bantu mengajar dalam PdPc dan
lain-lain. Guru yang lebih pakar dan arif boleh
berkongsi pengalaman berkaitankaedah paling berkesan bagi PdPc yang dijalankan.
Oleh yang demikian, program ini perlu digariskan serta diamalkan bagi membantu
guru menilai setiap gerak kerja serta mempraktikkan amalan kolabratif dalam
sesebuah organisasi.
3.0 PENUTUP
Profesion
keguruan adalah bidang tugas yang merupakan pengerak dan penentuan kelangsungan
peradaban anak bangsa pada masa hadapan. Budaya serta kaedah pengajaran
seseorang guru memainkan peranan penting bagi melahirkan lebih ramai individu
yang berguna sehingga ke peringkat global. Oleh yang demikian tahap
profesionalisme seorang guru menjadi satu penanda aras bagaimana pemikiran
sesebuah kelompok masyarakat. Justeru, setiap guru perlu menghayati tugas dan
peranannya mengalas tugas seorang pendidik anak bangsa agar tidak tersasar
daripada fungsinya yang sebenar sebagai agen sosial utama dalam sesebuah
masyarakat. Apabila seorang guru itu mempelbagaikan kaedah pengajaran serta
mengamalkan setiap program yang diusulkan oleh kerajaan bagi meningkatkan
profesionalisme guru, sudah tentu pembelajaran bermakna akan berlaku secara
langsung. Oleh itu, murid akan memperoleh ilmu yang lebih namun sangat berkait
rapat dengan pengetahuan asalnya kerana dia mendalami setiap keseronokan dan
kepelbagian dalam setiap sesi PdPc. Tuntasnya, guru amat diperlukan bagi
memvariasikan strategi, kaedah, pendekatan serta teknik yang terkini bersesuaian
dengan kehendak dan hasrat Kementerian Pendidikan ke arah revolusi 4.0.
3.0 BIBLIOGRAFI
Noriati
A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia (Edisi Ketiga). Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Ausubel:
Meaningful Learning Theory, Subsumpsion Theory, & Motivational Theory.
(n.d.). Diperoleh pada Julai 25, 2019, daripadahttps://cimtprelims.fandom.com/wiki/Ausubel:_Meaningful_Learning_Theory,_Subsumpsion_Theory,_&_Motivational_Theory
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2011). Lesson Study :
Pembelajaran Melalui Amalan Kolaboratif Guru, Buku 1. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Brodie, K. (2014). Learning about
learner errors in professional learning communities. Education Studies for
Mathematics. 85, 221-239. doi:10.1007/S 10649-013-9507-1
Apa
Itu Professional Learning Community (PLC) - Pendidik2u. (2019). Diperoleh pada
23 Julai 2019, daripada https://www.pendidik2u.my/apa-itu-plc/
Berita
Harian. (2019). Guru obor hemah menyinari pertiwi. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/564473/guru-obor-hemah-menyinari-pertiwi
Tema
Hari Guru 16 Mei 2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. (2019). Diperoleh
pada 25 Julai 2019, daripada https://www.mysumber.com/hari-guru.html
Aanuarzulkifli. (n.d.).
Kreativiti guru dalam PdPC. Diperoleh
pada Julai 24, 2019, daripada https://www.utusan.com.my/pendidikan/kreativiti-guru-dalam-pdpc-1.582460
Comments
Post a Comment