RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PERMAINAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN BOLA SEPAK
Mata
Pelajaran : Bola Sepak Tarikh : 11 April 2020
Tunjang : Kemahiran Hari : Sabtu
Tajuk/ tema :
Permainan
Kecil Masa : 8.00 – 8.30 a.m.
Sub Tajuk : Hantaran
Leret Kelas : 2 PISMP
Bilangan Murid : 10 orang murid
Standard Kandungan : 1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran asas
permainan bola sepak dengan lakuan yang betul.
2.6 Berkebolehan mengaplikasi konsep pergerakan dan prinsip mekanik
dalam kemahiran asas bola sepak.
Standard Pembelajaran : 1.6.1 Menghantar
bola dengan menggunakan teknik hantaran leret kepada rakan.
2.6.1 Mengenal pasti titik kontak pada bola semasa melakukan hantaran
leret.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah didedahkan dengan
kemahiran hantaran leret pada pembelajaran lepas.
Hasil pembelajaran :
Psikomotor : Murid dapat melakukan hantaran leret
dengan teknik yang betul.
Kognitif : Murid dapat
menyatakan kesalahan secara lisan semasa melakukan hantaran leret.
Afektif : Murid berasa seronok dan mampu berinteraksi antara
satu sama lain.
Penerapan nilai : Bersungguh-sungguh,
berdisipin, mengikut arahan, bekerjasama dan berdaya saing.
Unsur KBKK : Aplikasi kemahiran
dalam situasi permainan
EMK : Keusahawanan (untuk memenangi
pertandingan permainan kecil secara berpasukan)
Penggabungjalinan : Pengiraan dan koordinasi.
Kesepaduan : Matematik dan Pendidikan Jasmani.
Kemahiran insaniah : Komunikasi dan kerja
berpasukan.
Bahan Sumber P&P :
Bil |
Bahan Sumber P&P / Peralatan |
Jumlah |
1. |
Kon |
10 |
2. |
Wisel |
1 |
3. |
Bola sepak |
10 |
4. |
Bip 2 warna |
10 |
Perkembangan Langkah/Masa |
Aktiviti |
Fokus Pembelajaran |
Pengelolaan/Strategi PdP |
Alatan/Catatan |
1. Permulaan Set Induksi (5 minit) |
Pemanasan
Badan |
1. Murid dikehendaki joging sekeliling padang
sebanyak 5 pusingan. ·
Pusingan
pertama, murid joging seperti biasa. ·
Pusingan
kedua, murid slow jog dengan lakuan high knee. ·
Pusingan
ketiga, murid slow jog dengan lakuan jumping jacks. ·
Pusingan
keempat, murid slow jog dengan lakuan butt kicks. ·
Pusing
kelima, murid slow jog dengan lakuan kick crunch. |
![]() Rajah 1: Joging Sekeliling Padang Rajah 2: Variasi Slow Jog |
Alatan: ·
Wisel (1) EMK: ·
Bersungguh-sungguh ·
Berdisiplin |
2. Perkembangan Langkah 1 (5 minit) |
Ansur Maju 1–Teknik melakukan hantaran
leret |
1.
Guru berbincang bersama murid tentang fasa-fasa ansur
maju dalam kemahiran hantaran leret dalam permainan bola sepak. 2.
Fasa Persediaan (kiraan 1): ·
Kedudukan bersedia dengan kaki dibuka seluas bahu dan
mata memandang ke arah bola dan rakan pasukan dihadapan. ·
Ambil sedikit jarak kedudukan kaki dengan bola dan
pastikan jarak kedudukan bola dengan kaki berada tidak terlalu jauh supaya
apabila melakukan hantaran, bola tidak tersasar jauh ke arah lain. 3.
Fasa Perlakuan (kiraan 2): ·
Kaki utama dibawa kebelakang manakala kaki sokongan
diletakkan di hadapan disisi bola. ·
Ayunkan kaki utama tersebut ke hadapan dengan
menggunakan bahagian dalam kaki supaya dapat ditendang dengan leret. ·
Tendang pada bahagian tengah bola supaya bola dapat
ditendang secara leret. 4.
Fasa Ikut Lajak (kiraan 3): ·
Sebaik sahaja tendangan dilakukan, badan perlu
direndahkan dan kaki sokongan perlu dibengkokkan sedikit bagi menyokong
kestabilan dan seterusnya ikut lajak. |
Rajah 3: Fasa Persediaan Rajah 4: Fasa Perlakuan Rajah 5: Fasa Ikut Lajak |
Alatan: ·
Wisel (1) ·
Bola Sepak (10) KBAT: Bagaimana kita
boleh memastikan hantaran leret dapat dilakukan dengan berkesan? |
3. Perkembangan Langkah 2 (5 minit) |
Aktiviti 2 – Hantaran leret secara berdua-dua |
1.
Murid diletakkan berhadapan dengan pasangan
masing-masing. 2.
Murid melakukan hantaran secara bergilir-gilir melalui
celah 1.5 m di antara 2 kon. 3.
Pada 2 minit pertama, jarak hantaran ialah 5 m. 4.
Pada 3 minit terakhir, jarak hantaran ialah 10 m. |
Rajah 6: Hantaran leret secara
berpasangan |
Alatan: ·
Wisel (1) ·
Bola Sepak (5) ·
Kon (10) |
4. Kemuncak Permainan
Kecil (10 minit) |
Permainan kecil “Lima Sepasukan” |
1.
Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana satu
kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain. 2.
Murid mengaplikasikan teknik kemahiran hantaran leret
sepanjang permainan. 3.
Kumpulan yang mendapat mata terbanyak dalam 7 minit
dikira sebagai pemenang. 4.
Prosedur permainan: ·
Pemain akan membuat hantaran leret (secara bebas) pada
rakan sepasukan. ·
Pemain akan cuba menjaringkan gol di gol-gol kecil yang
disediakan dengan menggunakan hantaran leret. ·
Gol tidak dikira sekiranya dijaringkan secara on air. ·
Pihak lawan akan cuba merebut bola yang dimainkan dan
melakukan aktiviti yang sama. |
Rajah 7: Lima sepasukan |
Alatan: ·
Wisel (1) ·
Kon (4) ·
Bola Sepak (1) ·
Bip 2 Warna (10) EMK: ·
Bekerjasama ·
Bersungguh-sungguh ·
Berdaya saing Unsur
KBKK: ·
Aplikasi kemahiran dalam situasi permainan Kemahiran
insaniah: ·
Komunikasi ·
Kerja berpasukan |
5. Penutup (5 minit) |
Aktiviti penurunan kadar nadi (cooling
down) |
1.
Menyejukkan badan ·
Mengambalikan kadar nadi kepada nadi normal ·
Meregangkan otot yang tegang semasa melakukan aktiviti ·
Mengembalikan sistem fisiologi secara beransur-ansur
selepas melakukan aktiviti aktif. 2.
Rumusan Pelajaran ·
Soal Jawab ·
Rumusan Psikomotor dan Kognitif ·
Rumusan Afektif |
·
Murid
melakukan regangan statik dengan meniru pergerakan guru. ·
Tarik
nafas tiga kali dengan perlahan-lahan dan hembus panjang yang akhir. Rajah 8: Cooling Down ·
Guru
bersoal jawab dengan murid tentang kemahiran yang telah dipelajari. ·
Guru
mendapatkan maklum balas daripada murid. ·
Guru
membuat kesimpulan tentang pembelajaran. ·
Guru
memberi peneguhan kepada semua melakukan aktiviti dengan aktif. |
Penerapan Nilai: ·
Mengikut arahan ·
Berdisiplin |
Comments
Post a Comment