PENGURUSAN BILIK DARJAH (EDUP 3043)
Persekitaran psikososial bilik darjah
merupakan elemen penting dalam pengajaran seorang guru. Persekitaran yang baik
dan berkesan dapat menggalakkan sebuah pdp yang sihat termasuklah terjalin
hubungan mesra dan selesa di dalam bilik darjah. Hubungan yang baik antara guru
dan murid sangat dititikberatkan kerana ia merupakan elemen penting dalam
penggunaan aplikasi digital di dalam bilik darjah. Memandangkan murid generasi
ini lebih terarah kepada teknologi digital untuk memotivasi, membantu
pembelajaran dan membimbing murid serta mentaksir pemikiran mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Haliza Hamzah dan Joy
Nesamalar Samuel, 2016). Oleh itu,
guru perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran psikososial
yang bersesuaian untuk memastikan penggunaan aplikasi digital dalam kelas dan
luar kelas dengan terancang.
Rajah 1: Ciri Persekitaran Psikososial
Bilik Darjah yang Positif
Persekitaran psikososial bilik darjah
dapat meningkatkan penggunaan aplikasi digital dalam konteks pendidikan di
Malaysia dengan membolehkan akses ilmu pengetahuan yang sama rata kepada semua
murid. Contohnya, penggunaan aplikasi google
classroom dapat dicapai oleh semua murid. Guru akan mengedarkan semua nota
dan bahan bacaan seterusnya dapat dirujuk oleh semua pelajar. Bahan pengajaran
yang dimasukkan ke dalam google classroom
ini lebih sistematik berbanding edaran kertas seperti pembelajaran tradisional
kerana risiko untuk nota hilang adalah rendah serta murid boleh rujuk bila-bila
masa dan dimana sahaja.
Penggunaan
aplikasi digital juga dapat mewujudkan pembelajaran yang efektif dan skop yang
lebih luas. Kaedah pembelajaran ini adalah berpusatkan murid. Oleh itu, murid
akan meneroka bahan yang disediakan oleh guru dalam aplikasi google classroom seperti mengukuhkan
pengetahuan dengan membaca bahan yang disediakan oleh guru. Kaedah ini dapat
ditambah baik jika pelaksaan BYOD (bring your own device) dapat
dilaksanakan di sekolah. Ini
merupakan cadangan yang lebih praktikal kerana murid mempunyai peranti yang untuk
digunakan dalam sesi pembelajaran. Ini akan memaksimumkan penggunaan google classroom dengan bacaan dan
penerokaan kendiri oleh setiap murid mengikut tahap penguasaan masing- masing.
Seterusnya, penggunaan aplikasi digital
dapat meningkatkan keberkesanan sebuah pdp dengan mempelbagaikan gaya
pembelajaran yang menerapkan elemen seperti visual, auditori dan kinestetik. Rentetan
itu, guru boleh menyediakan video animasi beserta audio di dalam google classroom bagi mengantikan bahan
bacaan biasa. Ini akan meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid dalam
sesebubah topik. Antara
cadangan yang boleh untuk meningkatkan penggunaan aplikasi digital adalah
dengan melaksanakan bilik darjah digital dengan penggunaan teknologi seperti
menukarkan papan putih biasa dengan paparan LCD. Inisiatif ini dapat memudahkan
guru untuk menyediakan tayangan video di dalam bilik darjah.
Persekitaran psikososial bilik darjah
tidak dapat meningkatkan penggunaan aplikasi digital dengan masalah seperti ketiadaan
peranti elektroknik oleh segelintir murid atas faktor kewangan. Hal ini kerana
bagi menjalankan pembelajaran secara google
classroom, murid perlu menggunakan telefon bimbit bagi mengakses
pembelajaran secara maya. Namun segelintir murid tidak berkemampuan untuk
mendapatkan telefon bimbit bagi tujuan pembelajaran. Oleh itu, ia adalah
sedikit kesulitan bagi mereka untuk menghadiri kelas secara google classroom. Terdapat juga murid
yang bermasalah dalam capaian internet untuk mengakses google classroom. Rentetan itu, murid tidak dapat menghadiri kelas
tepat pada waktunya serta menyukarkan mereka membuat bacaan tambahan pada google classroom atas faktor masalah
internet.
Selain itu, terdapat juga murid yang
kurang berminat bagi sesi pembelajaran menggunakan aplikasi digital seperti google classroom. Murid beranggapan
pembelajaran ini menyukarkan mereka untuk memahami sesuatu tajuk disebabkan
tidak dapat mendengar dan bertanya dengan lebih mendalam. Ini akan menyebabkan
murid bertingkah laku negatif serta pasif dalam sesi pembelajaran. Contohnya,
murid tidak mengisi kehadiran di google form
sehingga menyusahkan guru. Jadi, guru
memainkan peranan penting dalam menangani masalah dalam meningkatkan penggunaan
aplikasi digital. Secara amnya, persekitaran psikososial bilik darjah dapat
meningkatkan penggunaan aplikasi digital dalam konteks pendidikan di Malaysia.
Bilik darjah merupakan satu persekitaran
sosial yang terdapat satu komuniti murid yang mempunyai struktur sosial yang
pelbagai namun perlu menjalani proses PdPc yang sama untuk mencapai objektif
pengajaran yang serupa (James Ang, J. E., 2014). Dalam sebuah bilik darjah, komunikasi merupakan elemen penting
yang perlu diterapkan kepada murid. Oleh itu, guru perlu menggalakkan proses
komunikasi supaya lebih berkesan. Contohnya dalam aktiviti google meet, guru perlu memantapkan komunikasi antara guru dengan
murid dengan bertanya beberapa kali sama ada murid masih fokus dan faham apa
yang disampaikan oleh guru. Ini kerana, murid kadang kala menghadapi masalah
dalam sesi pembelajaran yang tidak bersemuka seperti pembelajaran biasa di
dalam kelas. Oleh itu, elemen komunikasi adalah penting dalam menekankan aspek
psikososial melibatkan interaksi google
meet bagi meamstikan objektif pembelajaran dapat dicapai.
Teori
Behaviorisme oleh Skinner, B. F. (1979) dalam Muhamad Suhaimi Taat, Baharom Mohamad, Roslee Talip, Abdul
Said Ambotang dan Shukri Zain (2012) menyatakan murid-murid akan dapat memahami
sesuatu isi pengajaran tertentu serta terdorong untuk mengikuti proses
pembelajaran dengan adanya peneguhan daripada pihak guru. Peneguhan yang
dimaksudkan adalah pujian dan dendaan kepada murid. Oleh itu, guru boleh
memberikan pujian dan ganjaran kepada murid sekiranya mereka menunjukkan respon
dan tingkah laku yang baik dan diinginkan oleh guru. Contohnya, murid memberi
komitmen dengan menyertai google
classroom tepat pada waktunya untuk sesi PdPc dan menjawab kuiz online seperti kahoot dengan betul. Bentuk pujian tersebut tidak semestinya
berbentuk lisan, namun boleh berbentuk hadiah seperti penanda buku, memberikan
bintang kepada kumpulan yang bagus serta memberikan cap “Tahniah” dalam buku
latihan murid. Dengan ini, pembelajaran yang efektif serta mengangkat elemen
nilai dan etika dapat diwujudkan.
Guru menyediakan aktiviti PdPc selari dengan
kemampuan dan minat murid kerana setiap murid adalah berbeza. Sebagai contoh, pembelajaran teori sukar
difahami oleh segelintir murid dengan penggunaan kaedah pembelajaran tradisonal. Oleh itu,
guru perlu mengetahui keperluan dan kehendak murid dari aspek minat dan
kecenderungan mereka seperti penggunaan audio serta video daripada aplikasi
seperti Youtube dalam aktiviti PdPc
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan kondusif. Inisiatif
ini adalah bertepatan dengan kaedah pengajaran dalam penerapan aplikasi
digital.
Berdasarkan permasalahan murid dalam
penggunaan aplikasi digital, Model Akibat Logikal Dreikurs sesuai digunakan
untuk menangani dan membantu murid dalam bilik darjah. Dreikurs mengemukakan
jalan penyelesaian untuk menangani motif-motif salah yang dipaparkan oleh
murid-murid seperti dalam rajah 1.
Rajah 2: Cara-cara menangani motif-motif
yang salah (Dreikurs, 1986)
Menurut
Haliza Hamzah dan Joy (2014), Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti
punca kepada masalah tingkah laku. Hal ini kerana, murid sering kali mengalami
masalah dalam penggunaan aplikasi digital terutuma google classroom dan sebagainya.
Masalah yang berlaku seringkali dikaitkan dengan tingkah laku murid
sendiri. Oleh itu, Dreikurs berpendapat bahawa guru berperanan membantu murid
untuk memahami motif tingkah laku mereka supaya dapat meminimumkan salah laku
tersebut. Contohnya, murid pasif dan tidak memberi respon semasa guru
bertanyakan soalan dalam sesi google meet.
Oleh itu, guru harus bertanyakan sebab mengapa murid berkelakuan sedemikian
bagi mengetahui sebab seterusnya mencari solusinya.
Terdapat
juga murid yang melakukan tingkah laku negatif dan enggan mengikuti sesi google classroom kerana ingin
mendapatkan perhatian atau mungkin mereka lemah dalam penggunaan google classroom seterusnya tidak dapat
menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Mereka beranggapan bahawa pdp menggunakan
google classroom menjadi satu bebanan
seterusnya mereka mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam
proses pdp. Oleh itu, guru perlu membantu murid untuk membentuk matlamat baru
dengan cara menasihati murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan serta
keburukan menggunakan google classroom
dalam proses pdp seterusnya memastikan murid faham matlamat sebenar sebelum
mengubahnya. Jadi, murid akan sedar bahawa perbuatan tersebut boleh menjejaskan
prestasi dalam pembelajaran.
Tindakan
inetrvensi yang digunakan adalah teknik modifikasi tingkah laku iaitu suatu teknik
yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi peneguhan.
Rajah 3: Prinsip peneguhan yang ditekankan dalam teknik
modifikasi tingkah laku
Sistem token digunakan untuk mencorak tingkah
laku yang diinginkan. Contohnya, murid akan mendapat token apabila selalu
memberi respon sewaktu aktiviti google
meet dan menjawab kuiz kahoot
dengan tepat. Sebagai ganjaran, guru boleh memberi keistimewaan kepada murid
yang mengumpul token terbanyak seperti menggendalikan kuiz online (Kahoot)
kepada ahli kelas ataupun menjadi orang pertama yang keluar kelas. Secara tidak
langsung, murid dapat mengadaptasi penggunaan google classroom sebagai salah
satu kaedah pdp yang berkesan. Namun begitu, token yang dikumpul oleh murid
boleh ditarik balik apabila dia melanggar peraturan misalnya bercakap dalam
kelas, berbual dengan rakan dan sebagainya.
Kesimpulannya, guru harus merancang kaedah pengajaran yang
efektif dengan menerapkan penggunaan aplikasi digital dalam di dalam bilik
darjah. Hal ini bagi mewujudkan persekitaran psikososial yang baik serta
meningkatkan penggunaan aplikasi digital selari dengan peredaran dan
perkembangan pendidikan di Malaysia.
(1307 Patah Perkataan)
Comments
Post a Comment