ESEI 1 KESANTUNAN BAHASA MALAYSIA ( GSB1012)

Pengenalan

Malaysia merupakan negara di rantau asia tenggara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Melayu, cina dan india merupakan bangsa yang tidak asing lagi menetap di Malaysia sejak era kemerdekaan Malaysia lagi. Kepelbagaian budaya, etnik dan agama menyumbang kepada kepelbagaian ideologi serta pemikiran dari pelbagai kaum. Kesefahaman antara individu perlu dicapai supaya isu perkauman yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum tidak berlaku. Hal ini perlu dielakkan supaya peristiwa pahit 13 Mei 1969 tidak berulang kembali. Kesantunan masyarakat Malaysia perlu dititikberatkan kerana ia mencerminkan keperibadian unggul dan budi pekerti seseorang individu itu. Sering kali dilihat cacian dan tohmahan masyarakat Malaysia tidak kira umur mahupun bangsa yang telah banyak menggunakan laman sosial sebagai platform untuk melemparkan kata- kata dalam bentuk penghinaan kepada sesetengah individu yang ditindas. Sebagai contoh “keyboard warrior’ yang acap kali dilihat melontarkan kecaman- kecaman di media sosial. Mereka yang tidak diketahui identitinya ini hanya mengecam tanpa melakukan usul periksa terlebih dahulu. Hal ini akan menjatuhkan martabat dan tahap kesantunan yang patut dimiliki oleh setiap individu yang bergelar anak jati Malaysia. Kesantunan dalam diri masyarakat turut diterjemahkan oleh tokoh-tokoh terkenal, sama ada di tanah air ataupun antarabangsa. Segelintir masyarakat tidak mengetahui takrifan kesantunan kerana mereka hanya tahu mengguna pakainya dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana mereka mempunyai sikap yang tidak mementingkan maksud sesuatu perbuatan yang baik. Oleh itu, pelbagai tokoh dunia dan tokoh- tokoh tempatan telah memberikan takrifan kesantunan ini.

                                                                                                  (230 Patah Perkataan)
Konsep Kesantunan Masyarakat Malaysia

…“ Kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. ”… (Awang Sariyan, 2007, hlm. 21). Beliau menjelaskan bahawa kesantunan adalah satu bentuk penghormatan kepada teman bicara yang patut diberikan bagi mencerminkan adab seseorang insan serta kesopanan yang ada dalam diri seseorang individu itu. Tambahan pula, kesantunan juga menunjukkan penggunaan bahasa yang baik dimana sebagai masyarakat Malaysia perlu memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dengan menggunakan bahasa yang baik disamping mempraktikkan kesantunan dalam kehidupan seharian. Hal ini akan menunjukkan seseorang itu beradab dan tertib dalam kehidupan sehariannya.



 …“ Amalan kesantunan juga dapat  membantu untuk mewujudkan suasana dan perhubungan mesra dalam suatu komunikasi dan tidak menimbulkan konflik serta sentiasa menjaga air muka orang yang dilawan bercakap. ”… (Ahmad Khair Mohd. Dan Rohaida Abdul Gani, 2005, hlm. 21)


       
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             .                                                                                                  
                                                                                                     (71 Patah Perkataan)                                                                  
 Tokoh tersebut mentafsir bahawa kelembutan dan kesopanan dalam sebuah pertuturan itu mampu menjalinkan sebuah kemesraan mahupun mengukir sebuah senyuman. Mereka berpendapat bahawa dalam sesebuah masyarakat itu, kesantunan mampu memberi cerminan atau lebih sinonim lagi ialah “air muka” yang baik kepada penutur. Bahkan juga, hubungan yang erat serta teguh mampu dijalinkan jika konsep kesantunan diamalkan apabila berkomunikasi, berdebat mahupun menyelesaikan berbalah. Secara amnya, sebuah pergaduhan mampu dileraikan jika konsep kesantunan diamalkan dan digunakan dalam menyelesaikan konflik pergaduhan sekaligus merapatkan ukhwah antara insan. Oleh itu, anak- anak generasi muda alaf baru ini dididik supaya mempraktikkan amalan dan budaya kesantunan dalam kehidupan seharian mereka supaya hubungan interpersonal sesama manusia ini dijaga dan tidak berpecah.


…“ Kesantunan mengikut perspektif melayu ialah penggunaan bahasa sehari- hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. ”… (Asmah Haji Omar, 2000, hlm. 17). Secara dasarnya, persefahaman serta hubungan yang baik dapat dipupuk jika pergaulan dari aspek penggunaan bahasa dapat dijaga. Sebagai contoh penggunaan bahasa- bahasa kesat dalam pergaulan seharian amatlah ditegah dalam kalangan remaja.                                                                  Hal ini demikian kerana, ianya akan menyebabkan kawan berkemungkinan tersinggung dengan kata- kata kesat dan mampu mencetuskan pergaduhan. Seorang artis tanah air, Awie juga pernah viral disebabkan penggunaan bahasa kesat terhadap

                                                                                                                                                                                                                       .                                                                                                    ( 174 Patah Perkataan)

peminatnya. (sumber : Mstar.com.my). Perkara ini jelas menunjukkan bahasa dan kesantunan yang unggul perlu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat agar keharmonian dalam kehidupan dapat dirasai. Perkara ini jelas menunjukkan bahasa dan kesantunan yang unggul perlu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat agar keharmonian dalam kehidupan dapat dirasai.

…“ Menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu iteraksi. ”… (Leech, 1983, hlm. 18)


Contohnya, seseorang insan itu perlu beradab sopan, lemah lembut dan berbudi bahasa. Seperti contoh gambar diatas, adab dan kesopanan para pelajar    
                                                                                                                                                                               .                                                                                                         ( 68 Patah Perkataan)
kepada gurunya wajar dicontohi serta kemesraan guru itu wajar diteladani. Hal ini demikian kerana guru akan rasa diri mereka dihormati dan pelajar akan merasakan diri meraka disayangi. Oleh ini sebuah sesi pembelajaran akan menjadi lebih efektif dan mengeratkan hubungan silaturrahim.  Beliau menjelaskan bahawa kesantunan seseorang individu itu dapat menghindari serta mencegah sesuatu komunikasi antara individu itu menjadi sebuah pergaduhan.

                       .                                                                                               
                                                                                                                (59 Patah Perkataan)
…“ Menurut Leech (1983), terdapat dua matlamat dalam pertuturan bahasa iaitu beradab dan biadab. Oleh itu, Leech (1983) menyenaraikan enam prinsip yang menjadi asas pembentukan kesantunan ini iaitu: Prinsip santun (Tact maxim) merupakan tingkah laku yang memaksimumkan manfaat kepada orang lain, tetapi meminimumkan kosnya. ”… (Leech, 1983, hlm. 25) …“ Prinsip kerendahan (Generosity maxim) merupakan tingkah laku yang maksimumkan carian atau meminimumkan kata- kata pujian terhadap diri sendiri” (Leech, 1983, hlm. 25) …“ Prinsip persetujuan (Approbation maxim) merupakan maksim yang memperlihatkan kecenderungan seseorang untuk maksud melebih- lebihkan akan persetujuan terhadap orang lain. ”… (Leech, 1983, hlm. 26) …“ Prinsip simpati ( Sympathy maxim) merupakan tingkah laku yang cuba memaksimumkan rasa simpati kepada orang lain dan meminimumkan rasa benci antara diri sendiri dengan orang lain. ”… (Leech, 1983, hlm. 27) ...“ Prinsip sokongan (Agreement maxim) merupakan prinsip yang akan meminimumkan sebarang bentuk cacian dan memaksimumkan apa- apa bentuk pujian terhadap orang lain. ”… (Leech, 1983, hlm. 27) ...“ Prinsip kedermawan (Modesty maxim) merupakan tingkah laku meminimumkan manfaat untuk dirinya sendiri.. ”… (Leech, 1983, hlm. 28 )


Secara holistiknya, Leech (1983)  jelas menggambarkan bahawa petutur harus mengutamakan dan menjaga perasaan orang lain yang berbicara supaya tidak menyinggung perasaannya. Beliau menekankan bahawa seseorang itu perlu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri supaya hubungan akan bertambah erat. Dalam konteks kehidupan hari ini, seseorang individu itu perlu mempraktikkan                                                                                          
                                                                                          (49 Patah Perkataan)
setiap maksim yang dijelaskan oleh Leech kerana faedah dan implikasinya akan dapat dirasai bersama. Sebagai contoh dalam sebuah kejiranan, apabila tiba musim buah, buah- buahan diberi sedikit kepada jiran- jiran bagi menikmati bersama rezeki yang diperolehi seperti yang tertulis pada prinsip kedermawan. “Sudah Terang lagi bersuluh”, senario ini jelas mengambarkan kehidupan yang lebih sejahtera dapat dirasai apabila seseorang itu mengamalkan prinsip- prinsip tersebut.


…“ J. Ferguson dan Das Gupta (1968) pula menyatakan bahawa kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. ”… (J. Ferguson dan Das Gupta, 1968, hlm. 18).


Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan bahasa yang sopan dengan mengamalkan kesantunan dalam konteks bahasa seharian amatlah penting. Ini adalah penting bagi menzahirkan rasa hormat kepada orang lain yang sepatutnya dihormati. Masyarakat hari ini kerap kali membahasakan orang yang lebih tua atau lebih berpangkat daripada mereka dengan kata ganti “awak”, “engkau”, “kamu” yang sememangnya jika dilihat dari konsep kesantunan bahasa Melayu, dianggap sebagai kurang sopan, kasar dan biadab. Seharusnya, kata ganti nama yang halus dan bersopan seperti “pak cik”, “mak cik”, “anda”, “tuan” dan “puan” wajar dipraktikkan dalam perbualan seharian sama ada dalam alam maya mahupun perbualan di alam realiti. 
                                                                                        (164 Patah Perkataan)
Kesimpulan

Natijahnya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menerapkan penggunaan bahasa yang sopan dan memastikan budaya kesantunan terus diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini wajar dilakukan supaya pengunaan bahasa “lingua franca” ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Hal ini kerana bagi memastikan bahasa warisan peninggalan nenek moyang kita tidak hilang ditelan zaman. Jika dilihat dengan situasi masa kini, fenomena bahasa rojak, slanga dan segala bentuk bahasa yang mewakili kehidupan sebenar sosial kian berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia pada abad ini. Banyak perkataan yang memang tidak dapat dinafikan lagi, merupakan bahasa yang kasar, mencarut dan tidak bersopan kerap digunakan dalam laman sosial ini. Antaranya ialah “usha”, “palat”, “sekodeng”, “rembat” dan “poyo”. Bahasa sedemikian sering digunakan oleh remaja hari ini dan memang agak sukar untuk orang lain menterjemahkan maksudnya dengan tepat, melainkan kelompok mereka sendiri. Sekiranya isu ini tidak dibendung dari awal lagi, golongan yang kerap mempraktikkan bahasa yang kasar dan kurang sopan kelak akan hanyut dalam alam mereka sendiri. Ibu bapa dan institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah ataupun institut pendidikan tinggi (IPT) perlu memberikan fokus terhadap aspek kesantunan dalam proses mendidik dan mengajarkan bahasa yang seharusnya dilakukan secara pragmatik dan efektif. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dan berkerjasama bagi memastikan kesantunan ini dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat supaya impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia.
                                                                                                   ( 240 Patah Perkataan)
                                                                                                (1055 Patah Perkataan)

Comments

Popular posts from this blog

REPORT AMALI 1 BIOLOGI (SCE 1034)

REPORT AMALI 1 KIMIA (SCE 1014)