REPORT AMALI 1 BIOLOGI (SCE 1034)
LAPORAN AMALI 1
TUJUAN
Untuk menguji kehadiran kanji,gula penurun,gula bukan penurun,protein dan lipid-lipid dalam sampel makanan
HIPOTESIS
Sampel makanan A mengandungi gula penurun. Sampel makanan B mengandungi kanji, gula penurun dan protein.Selain itu, sampel C dan E pula hanya mengandungi gula penurun.Sampel D mengandungi gula bukan penurun dan protien.Akhir sekali, sampel makanan F mengandungi lemak dan juga protein.
PEMBOLEH UBAH
Pembolehubah manipulasi: Jenis sampel makanan dan bahan ujian
Pembolehubah bergerak balas: Perubahan warna ke atas ujian makanan
Pembolehubah manipulasi: Isipadu bahan uji
BAHAN
Larutan iodin ,larutan Benedict, larutan natrium hidrogen karbonat cair, asid hidroklorik 1% dan enam sampel makanan (tidak diketahui pelajar)
RADAS
Tabung uji, pemegang tabung uji, bikar, penunu Bunsen, penitis, kasa dawai, jubin putih, kertas turas, tunku kaki tiga, spatula
PROSEDUR
1. Enam sampel makanan yang disediakan telah dilabelkan A, B, C, D, E dan F.
2. Ujian untuk makanan dijalankan untuk menentukan kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein, dan lemak dalam sampel makanan tersebut.
3. Ujian untuk menguji gula penurun dijalankan:
a) Sebanyak 2 ml sampel makanan A disediakan di dalam tabung uji.
b) 2 ml larutan Benedict dicampurkan ke dalam tabung uji yang mengandungi sampel makanan A.
c) Tabung uji tersebut digoncang dan direndam di dalam sebuah bikar berisi air yang mendidih(kukus air) selama 5 minit.
d) Sebarang perubahan diperhatikan dan direkodkan dalam sebuah jadual.
e) Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan yang berlabel C, D dan E untuk menggantikan sampel makanan A.
4. Ujian untuk menguji gula bukan penurun dijalankan:
a) Sebanyak 2 ml sampel makanan D disediakan dalam tabung uji.
b) Beberapa titis asid hidroklorik cair dititiskan ke dalam ke dalam campuran tersebut.
c) Tabung uji tersebut direndam ke dalam sebuah bikar berisi air yang mendidih(kukus air) selama 5 minit.
d) Tabung uji dikeluarkan dan campuran sampel makanan disejukkan dibawah air yang mengalir
e) Larutan larutan natrium hidrogen karbonat ditambah untuk meneutralkan asid di dalam sampel makanan.
f) 2 ml larutan Benedict dicampurkan ke dalam tabung uji yang mengandungi sampel makanan D
g) Tabung uji tersebut direndam ke dalam sebuah bikar berisi air yang mendidih (kukis air) selama 5 minit.
h) Sebarang perubahan diperhatikan dan direkodkan dalam sebuah jadual.
5. Ujian iodin untuk kanji dijalankan:
a) Sampel makanan B dititis ke atas jubin putih.
b) Beberapa titik larutan iodin dititiskan pada sampel makanan B.
c) Sebarang perubahan pada campuran diperhatikan dan direkodkan dalam sebuah jadual.
6. Ujian untuk protein dijalankan:
a) Sebanyak 2 ml sampel makanan B disediakan dalam tabung uji.
b) Beberapa titis larutan reagen Millon ditambahkan ke dalam sampel makanan.
c) Tabung uji tersebut kemudiannya direndam dalam kukus air.
d) Pemerhatian dan keputusan dicatatkan.
e) Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan yang berlabel D dan F untuk menggantikan sampel makanan B.
7. Ujian untuk lemak dijalankan:
a) Setitis sampel makanan F dititis ke atas sekeping kertas turas dan dibiarkan kering.
b) Pemerhatian dan keputusan dicatatkan.
KEPUTUSAN
SAMPEL MAKANAN
|
PEMERHATIAN
(SEBELUM)
|
BAHAN UJI
|
PEMERHATIAN
(SEMASA DAN SELEPAS)
|
A
|
Warna: perang gelap
Rasa: masam manis
Bau: bau buah
Tekstur: licin
|
Larutan Benedict
|
Warna biru larutan Benedict bertukar kepada mendakan merah bata
|
Reagen Millon
|
Tiada perubahan warna berlaku
|
||
B
|
Warna: putih
Rasa: manis
Bau: bau roti
Tekstur: berketul-ketul
|
Larutan Iodin
|
Warna perang kehitaman larutan Iodin bertukar kepada warna biru tua
|
Larutan Benedict
|
Warna biru larutan Benedict bertukar kepada mendakan merah bata
|
||
Reagon Millon
|
Larutan Millon yang tidak berwarna bertukar kepada mendakan merah bata
|
||
C
|
Warna: kuning keperangan
Rasa: manis
Bau: manis
Tekstur: likat
|
Larutan Benedict
|
Warna biru larutan Benedict bertukar kepada hijau gelap
|
Reagen Millon
|
Tiada perubahan warna berlaku
|
||
D
|
Warna: putih
Rasa: tawar
Bau: manis
Tekstur: licin
|
Larutan Benedict
|
Tiada perubahan warna berlaku
|
1.Larutan Asid Hidroklorik
2.Larutan Natrium Hidrogen Karbonat
3.Larutan Benedict
|
Warna biru larutan Benedict bertukar kepada mendakan merah bata
|
||
Reagon Millon
|
Larutan Millon yang tidak berwarna bertukar kepada mendakan merah bata
|
||
E
|
Warna: Perang muda
Rasa: masam manis
Bau: masam
Tekstur: licin
|
Larutan Benedict
|
Warna biru larutan Benedict bertukar kepada hijau gelap
|
Reagen Millon
|
Tiada perubahan warna berlaku
|
||
F
|
Warna: putih
Rasa: masam dan berlemak
Bau: masam
Tekstur: licin dan berketul- ketul
|
Kertas turas
|
Menjadi lut sinar dan kering
|
Reagon Millon
|
Larutan Millon yang tidak berwarna bertukar kepada mendakan merah bata
|
PERBINCANGAN
Ujian makanan adalah ujikaji yang dijalankan bagi menguji kehadiran sesuatu sampel makanan bagi mentukan kehadiran glukosa, protein, lemak, gula penurun mahupun gula bukan penurun. Terdapat 4 jenis ujian makanan difokuskan iaitu Ujian Iodin, Ujian Lemak, Ujian Benedict dan Ujian Millon.
Bagi ujian karbohidrat, Ujian iodin digunakan untuk menguji kehadiran kanji. Beberapa titik larutan Iodin dititiskan ke atas sampel makanan yang mengandungi kanji. Larutan Iodin akan menukarkan warna dari kuning ke biru gelap sekiranya sampel makanan tersebut mengandungi kanji. Namun, warna kuning iodin tidak menunjukkan sebarang tindak balas serta perubahan ke atas sampel makanan sekiranya tiada kandungan kanji di dalamnya sebagai contoh sampel. Sampel dipilih berdasarkan pemerhatian dan penelitian menggunakan konsep deria iaitu hidu, rasa dan lihat. Sampel bahan B dipilih untuk diuji kerana ciri- ciri sampel B menunjukkan kehadiran kanji di dalam sampel makanannya. Sebagai contoh, warna putih yang dapat dilihat dari luar menunjukkan kehadiran kanji. Hasil keputusan daripada eksperimen, perubahan larutan Iodin berubah dari warna kuning ke biru kehitaman menunjukkan kehadiran kanji di dalam sampel B.
Gula penurun terdiri daripada monomer glukosa, galaktosa, fruktosa, maltosa dan laktosa manakala apabila dua molekul gula ringkas (monosakarida) bercantum melalui kondensasi ia akan menghasilkan satu unit disakarida contoh gula bukan penurun iaitu sukrosa. Larutan Benedict akan berubah warna menjadi hijau, kuning, jingga dan akhirnya mendakan merah bata terbentuk apabila terdapat kehadiran gula penurun dalam sampel makanan. Sekiranya tiada perubahan pada warna larutan biru Benedict, maka sampel makanan tersebut adalah gula bukan penurun (sukrosa).
Bagi ujian gula penurun, Sampel A dan B menunjukkan perubahan yang positif apabila berubah kepada mendakan merah bata. Hal ini berlaku apabila gula penurun didihkan bersama larutan Benedict, ion kuprum (II) sulfat dalam larutan biru Benedict akan diturunkan oleh monosakarida menjadi ion kuprum (I) oksida. Ion kuprum (I) oksida berwarna merah bata dan tidak terlarut. Oleh itu, mendakan merah bata terhasil. Manakala sampel makanan C dan E berubah menjadi warna hijau tua tidaklah mengikut warna yang sepatutnya. Hal ini kerana, peratusan kandungan gula yang rendah di dalam sampel makanan tersebut menyebabkan perbezaan warna.
Bagi ujian gula bukan penurun, asid hidroklorik cair ditambah dalam sampel makanan D. Kemudian campuran akan dididihkan di dalam kukus air. Asid hidroklorik cair berfungsi untuk menghidrolisis gula bukan penurun kepada bahan yang lebih ringkas iaitu dala bentuk monosakarida glukosa dan fruktosa. Kemudian, natrium hidrogen karbonat cair ditambahkan ke dalam campuran yang dibiarkan menyejuk di bawah air mengalir apabila proses hidrolisis sukrosa itu selesai. Natrium hidrogen karbonat cair berfungsi untuk meneutralkan asid dalam campuran tersebut kerana larutan berasid tidak dapat berfungsi dalam medium yang berasid. Ujian Benedict dijalankan bagi menentukan bahawa campuran hidrolisis sukrosa tersebut ialah gula penurun atau tidak. Mendakan merah bata terhasil dan membuktikan terdapat gula penurun iaitu monomer glukosa dan fruktosa. Kesemua gula penurun merupakan monosakarida.
Berdasarkan perbincangan tersebut, sampel makanan A, B, C dan E merupakan gula penurun kerana terdapat mendakan merah bata apabila dididihkan dengan larutan Benedict, manakala sampel makanan D merupakan gula bukan penurun kerana keputusan positif dengan larutan Benedict hanya diperoleh selepas dididihkan dengan asid hidroklorik cair.
Bagi ujian protein, Reagen Millon digunakan bagi menguji kehadiran protein dalam sampel makanan. Sampel makanan mengandungi protein, maka larutan akan berubah menjadi mendakan merah bata. Kesemua sampel makanan digunakan untuk mengenal pasti sampel makanan yang mengandungi protein. Hal ini kerana, penggunaan deria lihat, bau dan hidu juga tidak mampu untuk memastikan sampel makanan yang mengandungi protein. Pertamanya, Reagen Millon dicampurkan dengan sampel makanan . Campuran tadi kemudiannya dipanaskan di dalam kukus air menggunakan bikar. Sampel makanan B,D dan F berubah menjadi mendakan merah bata. Mendakan merah bata yang terbentuk menunjukkan bahawa sampel makanan B,D dan F yang mengandungi protein dipanaskan bersama-sama dengan reagen Millon.
Bagi ujian lemak, Kertas turas digunakan adalah dengan menguji kehadiran lemak dengan melihat perubahan. Sampel F dipilih kerana mempunyai rasa yang berlemak. Hal ini menyebabkan ia dipilih untuk diuji. Sampel makanan F disapu dan dikeringkan di atas kertas turas. Selepas beberapa ketika, sekiranya terdapat tompokan lut sinar, maka sampel terbukti mengandungi lemak. Tompokan lut sinar dan kering atau terbentuk tompokan gris berikut adalah lemak.
LANGKAH KESELAMATAN
1. Semasa memanaskan campuran menggunakan kukus air, pastikan tabung uji tidak bersentuhan dengan bahagian dasar mahupun dinding bikar kerana ia akan menyebabkan penyaluran haba secara terus. Hal ini kerana, penyebaran haba secara sekata amat diperlukan bagi mendapat hasil keputusan yang terbaik.
2. Pastikan tabung uji dibasuh dengan air suling sebelum digunakan untuk menanggalkan sisa bahan kimia yang melekat.
3. Jauhkan penunu Bunsen daripada bahan kimia yang mudah terbakar.
4. Berhati- hati semasa mengendalikan asid hidroklorik cair kerana ia adalah asid yang bersifat menghakis serta boleh menyebabkan kecederaan apabila terkena pada kulit.
5. Tutup kipas semasa menjalankan eksperimen menggunakan penunu Bunsen.
6. Gunakan penyepit ketika mengendalikan tabung uji yang panas.
KESIMPULAN
Sampel makanan A mengandungi gula penurun. Sampel makanan B mengandungi kanji, gula penurun dan protien. Selain itu, sampel C dan E pula hanya mengandungi gula penurun. Sampel D mengandungi gula bukan penurun dan protein. Akhir sekali, sampel makanan F mengandungi lemak dan juga protein.
RUJUKAN
Yeat, G.W. (2016). Success Biologi SPM. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mader, S.S (2017). Biology. 11th edition.New York: McGraw- Hill
Rujukan asas konsep ujian makanan (2015), dimuatturun pada 2 April 2015 dari
Konsep ujian benedict (2014), dimuatturun pada 28 ogos 2014 dari
Comments
Post a Comment