Posts

Showing posts from October, 2018

ESEI 2 KESANTUNAN BAHASA MALAYSIA (GSB1012)

Image
Pengenalan Masyarakat Malaysia abad ke-21 ini khasnya golongan remaja telah jauh berbeza dari segi adat, budaya mahupun cara pertuturan mereka jika dibandingkan dengan zaman tok kaduk berkajang kain dahulu. Sikap remaja hari ini jelas sekali tidak melambangkan keperibadian yang luhur yang digariskan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang produktif dan mulia budi pekertinya. Arus globalisasi yang membawa kepada kemajuan pembangunan dan budaya-budaya barat telah banyak mengubah mentaliti mahupun cara berfikir masyarakat hari ini sehinggakan berlakunya banyak masalah sosial yang mencacatkan institusi kemasyarakatan mahupun nama baik keluarga. Rentetan itu, perkembangan tersebut menyebabkan masyarakat hari ini lebih terdedah kepada alam siber sehingga memberikan kesan kepada komunikasi serta cara berinteraksi dalam konteks hidup bermasyarakat. Hal ini jelas mengakibatkan masyarakat tempatan semakin alpa mengenai kepentingan berbudi bahasa dan kesantunan berbahasanya. Mere...

ESEI 1 KESANTUNAN BAHASA MALAYSIA ( GSB1012)

Pengenalan Malaysia merupakan negara di rantau asia tenggara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Melayu, cina dan india merupakan bangsa yang tidak asing lagi menetap di Malaysia sejak era kemerdekaan Malaysia lagi. Kepelbagaian budaya, etnik dan agama menyumbang kepada kepelbagaian ideologi serta pemikiran dari pelbagai kaum. Kesefahaman antara individu perlu dicapai supaya isu perkauman yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum tidak berlaku. Hal ini perlu dielakkan supaya peristiwa pahit 13 Mei 1969 tidak berulang kembali. Kesantunan masyarakat Malaysia perlu dititikberatkan kerana ia mencerminkan keperibadian unggul dan budi pekerti seseorang individu itu. Sering kali dilihat cacian dan tohmahan masyarakat Malaysia tidak kira umur mahupun bangsa yang telah banyak menggunakan laman sosial sebagai platform untuk melemparkan kata- kata dalam bentuk penghinaan kepada sesetengah individu yang ditindas. Sebagai contoh “keyboard warrior’ yang acap kali d...

REPORT AMALI 2 KIMIA (SCE 1014)

TAJUK Penghabluran semula sebagai satu proses penulenan. PERNYATAAN MASALAH Bagaimanakah hablur garam tulen terbentuk ? TUJUAN Untuk menulenkan hablur garam iaitu kuprum (II) sulfat, CuSO 4 BAHAN DAN RADAS Kuprum (II) sulfat, CuSO 4 , bikar 100 cm 3 , mangkuk penyejat, rod kaca, spatula, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, corong turas, kertas turas, kelalang kon, penimbang elektronik. HIPOTESIS Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO 4 terbentuk melalui proses peghabluran semula. PROSEDUR 1. Timbang 10g hablur kuprum (II) sulfat, CuSO 4 tidak tulen menggunakan penimbang elektronik . 2.   Masukkan hablur kuprum (II) sulfat, CuSO 4 ke dalam bikar. 3.  Tambahkan air suling sehingga semua hablur ditenggelami air. 4.  Panaskan campuran tersebut. 5.  Kacau campuran itu menggunakan rod kaca. 6. Turaskan larutan panas itu dengan menggunakan corong turas dan kertas turas yang telah dibasahi dengan ar suling. 7.  Pindahkan hasi...

REPORT AMALI 1 KIMIA (SCE 1014)

TAJUK: Penyediaan larutan piawai yang berbeza kemolaran. PERNYATAAN MASALAH: Bagaimanakah larutan piawai yang berbeza kemolaran dapat disediakan? BAHAN/ RADAS: 5 g serbuk Natrium Hidroksida, 10 g serbuk Natrium Hidroksida, penimbang elektronik, bikar, rod kaca, air suling, corong turas, kelalang Volumetrik, kertas turas, kertas label, 5 cm 3 larutan Asid Sulfurik 97%, 10 cm 3 larutan Asid Sulfurik 97%, pipet, “pipette filler” dan penitis. HIPOTESIS: Jisim dan isipadu mempengaruhi kemolaran sesuatu larutan. PEMBOLEH UBAH:       I.         DIMANIPULASIKAN: Jisim serbuk Natrium Hidroksida atau isipadu                                      larutan   Asid Sulfurik 97%     II.       ...