ESEI CORT 1 (GKB1053)
Kemahiran berfikir individu boleh diasuh, diajar dan
dipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang dibantu dengan alat berfikir. Kemahiran
berfikir menggunakan alat berfikir, Cort 1 telah diasaskan oleh seorang
individu berasal dari Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean
bernama Edward De Bono. Beliau mempunyai kelulusan D.Phill. Perubatan dari
Universiti Oxford dan Ph.D dari Universiti Cambridge.
Cort 1 secara dasarnya digunakan untuk mengalakan daya
pemikiran pelajar supaya menjadi lebih sistematik, kritis dan kreatif dalam
kehidupan seharian. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mempelbagaikan
kaedah pedagogi untuk melahirkan P&P yang berkesan dan menarik. Cort 1
dipecahkan kepada 7 alat berfikir iaitu PMI, CAF, C&S, AGO, FIP, APC, dan
OPV. Penggunaan kesemua alat berfikir ini digunakan bagi membantu individu
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih tepat dan
berkesan. Terdapat beberapa langkah penggunaan teknik-teknik dalam alat
berfikir Cort 1 yang meliputi contoh-contoh situasi yang sesuai.
Alat berfikir pertama ialah
PMI (Plus, Minus, Interesting).
Konsep PMI ini digunakan bagi menyatakan pendapat kita terhadap sesuatu idea.
Kita menggunakan alat berfikir ini bagi menyatakan kebaikan sesuatu idea itu (plus), keburukannya (minus) serta perkara yang difikirkan
menarik tentang sesuatu idea, tetapi tidak boleh digolongkan atau sama dengan Plus atau Minus (interesting). Contoh situasi ialah suasana bas yang tidak
mempunyai tempat duduk. Apabila penggunakan “Plus” digunakan, kita berpendapat lebih ramai orang menaiki bas. Namun
daripada aspek “Minus” penumpang akan
terjatuh jika bas berhenti secara mengejut. Daripada segi “Interesting”, individu berpendapat bahawa kegunaan bas boleh
dipelbagaikan. Contoh- contoh tersebut berdasarkan idea setiap individu. Oleh
itu, idea seseorang itu mungkin berbeza dengan seseorang yang lain.
Selain itu, alat berfikir
kedua ialah CAF (Consider All Factors).
CAF atau mengambil kira semua faktor adalah berkaitan dengan perancangan,
penilaian, dan membuat sesuatu kesimpulan. Melalui CAF kita akan mengambil kira
semua faktor untuk membuat sesuatu keputusan. Tujuan CAF ialah untuk mengambil
kira semua faktor secara menyeluruh tanpa mengira baik atau buruk sesuatu idea
sahaja. Sebagai contoh, satu lawatan sambil belajar ke Genting Highland.
Terdapat faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan lawatan. Oleh
itu, faktor yang perlu diambil ialah, semua perkhidmatan dikenakan bayaran,
makanan dan minuman terlalu mahal mahupun keselamatan jalanraya yang merbahaya
kerana banyak selekoh tajam dan bergaung.
Seterusnya, alat berfikir
yang ketiga ialah C&S (Consequences & Sequel). C&S merupakan C&S
adalah singkatan daripada perkataan consequences dan sequel yang bermaksud
kesan atau akibat mengikut jangka masa (susulan). CAF memberi fokus kepada semua
faktor sebelum sesuatu keputusan dibuat, manakala C&S memberi perhatian
kepada kesan-kesan selepas sesuatu keputusan itu dibuat dalam jangka masa
tertentu. C&S terbahagi kepada 4 kesan iaitu kesan serta-merta (beberapa
hari hingga seminggu), kesan jangka pendek (beberapa bulan hingga setahun), kesan
sederhana (setahun hingga 2 tahun), dan kesan jangka panjang. (5 tahun hingga
20 tahun). Sebagai contoh, pelajar keluar ke bandar tanpa kebenaran. Antara
kesan yang diperoleh ialah kesan serta-merta ialah pelajar berasa seronok
kerana dapat bersiar-siar (hari itu juga), kesan jangka masa pendek adalah
perkara itu diketahui oleh warden (1 hari kemudian), kesan jangka masa
sederhana adalah dihadapkan kepada Pengetua dan Jemaah Disiplin Maktab (1
minggu kemudian) dan kesan jangka masa panjang adalah kebenaran keluar (outing)
digantung selama sebulan dan kes ini dimasukkan ke dalam laporan akademik
tahunan. Pelajar dilabel sebagai bermasalah oleh rakan dan guru.
Di samping itu, alat berfikir
yang kempat ialah AGO (Aims, Goal,
Objectives). AGO bermaksud tujuan, matlamat
dan objektif. Fokus AGO ialah ‘hasrat/ niat’ seseorang melakukan sesuatu untuk
membantu mereka membuat keputusan, perancangan dan tindakan yang bermatlamat.
Tanpa ‘hasrat/ niat’ yang jelas, sesuatu pelakuan itu hanya satu kebiasaan,
ikutan atau dari tindak balas orang lain. Kita juga perlu mengetahui objektif
orang lain supaya dapat memahami pemikiran dan tindakan mereka. Sebagai contoh
AGO yang dilakukan bagi program realiti televisyen “Imam Muda” berdasarkan
kepada stesen televisyen, penaja, peserta dan penonton.
Tambahan
pula, alat berfikir yang kelima ialah FIP (First Important Priorities). FIP
ialah bermaksud keutamaan yang mesti didahulukan.
Tujuan melakukan FIP ialah untuk
mengarahkan pemikiran kepada perkara-perkara yang penting dan mesti diberi
keutamaan kerana sesetengah perkara mungkin lebih penting daripada yang lain
mahupun sesetengah
faktor mungkin lebih penting daripada yang lain ataupun sesetengah objektif mungkin lebih penting daripada
yang lain sesetengah akibat mungkin lebih penting daripada
yang lain. Sebagai contoh, rumah kita terbakar
dan kita berada di dalamnya. Kita hanya ada masa untuk menyelamatkan satu
daripada perkara berikut dalam satu masa iaitu telefon bimbit, kenderaan, ahli
keluarga, binatang kesayangan dan lain-lain. Kita perlu membuat keputusan dengan
kadar segera untuk menyelamatkan barang yang bernilai dahulu diikuti dengan
barang yang lain. Dalam situasi ini, ahli keluarga harus diselamatkan dahulu
berbanding barang yang lain.
Rentetan
itu, alat berfikir yang keenam ialah APC (Alternatives, possibilities,
choices). APC yang bermaksud
alternatif, kemungkinan dan pilihan. APC mengarahkan perhatian kepada
alternatif, pilihan atau kemungkinan-kemungkinan lain yang ada selain daripada
yang jelas kelihatan. APC dilakukan untuk mengimbangi tindakan
berdasarkan kepada emosi dan kebiasaan. CAF memberikan tumpuan kepada
faktor-faktor yang sedia ada manakala APC memberi fokus kepada idea-idea lain
yang tertinggal. Melalui APC, tindakan yang diambil mungkin berubah atau tidak
berubah. Sebagai contoh, Sebuah kereta dijumpai tersadai di tepi lebuh raya dan
pemandunya telah mati, oleh itu APC harus dilakukan terhadap situasi itu.
Antara APC yang dilakukan ialah Pemandu telah mengalami sakit jantung atau
telah pengsan, pemandu telah mengalami tayar bocor, tayar meletup atau
kerosakan enjin, pemandu mabuk, pemandu salah jangka liku jalan raya dan
lain-lain.
Berikutnya, alat berfikir terakhir ialah OPV (other
people’s view). OPV adalah bermaksud pandangan atau pendapat orang lain
(secara individu atau kelompok). OPV boleh digunakan bersendirian atau digabungkan
dengan alat pemikiran yang lain seperti PMI, CAF, C&S, AGO, FIP dan APC. Setelah
melakukan OPV seseorang akan lebih terbuka untuk menerima pandangan atau
pendapat orang lain serta sanggup mengetepikan pandangan atau pendapat sendiri
untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik. Sebagai contoh, seorang jurujual
hendak menjual kereta sport terpakai. Dia menyatakan kepada pembelinya
tentang beberapa kelebihan seperti tidak pernah kemalangan, tempoh penggunaan,
bilangan pengguna, alat ganti senang diperoleh dan lain-lain. Kemudian, pembeli
pula memikirkan beberapa perkara iaitu kemudahan mendapat senggaraan, kadar
susut nilai, jarak perjalanan yang digunakan dan lain-lain. Namun, pihak lain
yang terlibat dalam situasi ini seperti rakan, ahli keluarga, penilai kereta
dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga mempunyai pandangan yang mungkin berbeza
mahupun sama. Sebagai contoh, rakan berpendapat bahawa kereta itu cantik dan
sesuai digunakan di negara ini yang selalunya tersekat dalam kesesakan trafik.
Oleh itu, pandangan rakan diambil kira dan menggalakan untuk membeli kereta
itu.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
ketujuh-tujuh kemahiran berfikir ini harus digunakan dalam kehidupan terutama bagi
pelajar. Kemahiran berfikir ini akan membantu individu berfikir dengan lebih
berobjektif dengan mengmbil kira pelbagai sudut serta mampu membuat keputusan
dengan sebaik mungkin. Oleh itu, individu perlu mengamalkan Cort 1 ini bagi
melahirkan individu yang mempunyai intelektual yang tinggi selari dengan
perkembangan negara yang pesat.
RUJUKAN
Shahabuddin
Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd. Zohir Ahmad, (2007). Pedagogi :
Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pulau
Pinang : Pusat Pengajian
Ilmu
Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
Rosnanaini
Sulaiman, Maimun Aziz & Mok, S. S. (2011). Kemahiran Berfikir. Kuala
Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Syed
Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon & Aliza Adnan. (2015). Kemahiran
Belajar.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Absalom
Abell Dosip & Zeng W. Y. H., (n.d.).
Alat-alat CoRT 1. Dimuat turun pada 3
September 2018 dari https://kbelajarblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1/
CoRT 1:
Breadth. (n.d.). Dimuat turun pada August 30, 2018, dari
http://www.cortthinking.com/cort/1
Zulquarnain bin Ali. (2009). Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1. Dimuat turun pada 30
Ogos 2018
dari https://gohfongblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1/
good essay
ReplyDeletec