RUMUSAN PENGHASILAN PRODUK

Tugasan 3 ialah tugasan untuk menghasilkan satu projek iaitu berkonsepkan Cort 1 dalam bentuk peta minda sebagai bahan bantu mengajar. Kumpulan saya yang dianggotai oleh saya, Dang Yan Lin dan Hey Ling loo secara bertiga ditugaskan bagi melakukan satu projek bahan bantu mengajar dalam kertas bersaiz A3. Peta minda adalah bentuk yang mudah ditafsir serta difahami. Penggunaan peta minda dapat memberi banyak kelebihan kepada orang yang melihat dan mentafsirnya. Peta minda secara asasnya berkonsepkan sebuah rajah yang dilukis untuk menyimpul dan meringkaskan maklumat, idea tugasan ataupun huraian tetapi padat. Konsep peta minda ini bertujuan untuk memudahkan seseorang memahami dan mengingat perkara ini dengan mudah. Kami telah menambah beberapa lukisan serta penerangan kami menggunakan konsep peta buih i-think. Konsep peta minda ini secara amnya dilihat memberi kesan yang positif dalam penerimaan output kepada pembaca. Tajuk utama yang ditugaskan untuk dihasilkan dalam bentuk peta minda berkumpulan ialah Cort 1.
Konsep Cort 1 yang diilhamkan oleh individu bernama Edward De bono telah menterjemahkan konsep Cort 1 ini kepada tujuh jenis teknik. Kesemua teknik ini bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk melahirkan pembelajaran dan pemudah cara (PdPC) yang lebih berkesan dan menarik. Kami bertiga bersetuju untuk memasukkan kesemua teknik ke dalam peta minda kami kerana ia dilihat sangat berkait rapat dan seharusnya digabungkan sekali supaya menjadi sebuah alat bantu mengajar (ABM) yang terbaik. Ketujuh-tujuh teknik tersebut ialah PMI (Plus, Minus, Interesting), APC (Alternatives, Possibilities, Choices), AGO (Aims, Goals, Objectives), C&S (Consequences & Sequels), CAF (Consider All Factors), OPV (Other's People View) dan FIP (First Important Priorities). Kesemua teknik ini telah dipilih sebagai isi utama kerana kami pasti dan yakin bahawa setiap murid akan mudah memahami setiap konsep dan perkaitanya dengan konsep kehidupan seharian. Kami menggunakan lakaran grafik yang sesuai dan menarik bagi memberi minat kepada murid supaya mudah mengingati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Penggunaan lukisan bagi setiap teknik juga bertujuan supaya murid lebih berfikir tentang isi kandungan satu-satu jenis teknik. Teknik penyampaian maklumat yang padat melalui penerangan maklumat Cort 1 ini mempunyai maksud tersurat serta tersirat mampu mencetuskan daya pemikiran kepada setiap murid.
Tambahan pula, lakaran grafik yang dihasilkan merupakan salah satu aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam menjadikan sebuah alat bantu mengajar ini berkesan. Kami menjadikan alat bantu mengajar kami sebuah salah satu daya tarikan yang terbaik dengan mencampurkan elemen warna yang pelbagai bagi menarik perhatian murid supaya lebih minat dan ingin tahu akan sesuatu. Penggunaan peta minda beserta lakaran grafik yang berwarna-warni ini bertujuan untuk mengalakan daya pemikiran pelajar supaya menjadi lebih sistematik, kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, setiap ahli kumpulan telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan sebuah produk yang bermutu ini. Secara ringkasnya, kerja projek ini telah mengajar saya menjadi seseorang yang lebih sistematik serta kemas dalam menghasilkan sesuatu sama ada dalam bidang kerjaya mahupun kehidupan seharian. Hal ini kerana menjadi seorang warga pendidik memerlukan seseorang yang komited dan berkarisma. Sifat dan perwatakan sebegini sedikit sebanyak dikembangkan menjadi lebih baik dalam diri saya melalui penghasilan projek ini. Oleh itu, saya akan mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui projek ini sebagai bekalan untuk saya menjadi seorang warga pendidik pada suatu hari yang mendatang.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REPORT AMALI 1 BIOLOGI (SCE 1034)

REPORT AMALI 1 KIMIA (SCE 1014)

ESEI 1 KESANTUNAN BAHASA MALAYSIA ( GSB1012)