REPORT AMALI 2 KIMIA (SCE 1014)

TAJUK
Penghabluran semula sebagai satu proses penulenan.
PERNYATAAN MASALAH
Bagaimanakah hablur garam tulen terbentuk ?
TUJUAN
Untuk menulenkan hablur garam iaitu kuprum (II) sulfat, CuSO4
BAHAN DAN RADAS
Kuprum (II) sulfat, CuSO4, bikar 100 cm3, mangkuk penyejat, rod kaca, spatula, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, corong turas, kertas turas, kelalang kon, penimbang elektronik.
HIPOTESIS
Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 terbentuk melalui proses peghabluran semula.
PROSEDUR

1. Timbang 10g hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 tidak tulen menggunakan penimbang elektronik
.2.  Masukkan hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 ke dalam bikar.
3.  Tambahkan air suling sehingga semua hablur ditenggelami air.
4.  Panaskan campuran tersebut.
5.  Kacau campuran itu menggunakan rod kaca.
6. Turaskan larutan panas itu dengan menggunakan corong turas dan kertas turas yang telah dibasahi dengan ar suling.
7.  Pindahkan hasil turasan ke dalam sebuah mangkuk penyejat.
8.  Panaskan semula sehingga isipadu larutan menjadi satu per tiga daripada larutan asal
9.  Sejukkan larutan yang sangat pekat tersebut pada suhu bilik.
10. Turaskan kandungan itu untuk mendapatkan hablur berwarna biru.
11. Bilaskan hablur biru dengan menggunakan air suling.
12. Keringkan hablur biru menggunakan kertas turas.

KEPUTUSAN
Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 yang tulen terbentuk.

PERBINCANGAN
1. Kaedah penghabluran digunakan untuk mengasingkan benda asing daripada bahan tulen tersebut. Sebagai contohnya penulenan garam daripada larutan tepu garamnya. Oleh itu, bahan-bahan tulen akan diperoleh.
2. Terdapat beberapa jenis sistem hablur asas iaitu kiub, heksagon, ortorombus, rombohedron, triklinik, monoklinik dan tetragon. Hablur yang terbentuk dalam ujian ini adalah mempunyai sisi tajam, bentuk dan struktur yang sekata serta bersinar.
3. Sebelum memanaskan garam kuprum (II) sulfat, CuSO4, pastikan garam tersebut larut sepenuhnya dengan air suling. Jika tidak larut sepenuhnya, tempoh masa untuk memanaskan larutan tersebut menjadi lebih lama
4. Campuran itu juga hendaklah dikacau ketika dipanaskan untuk mempercepatkan proses konveksi, iaitu pengaliran haba dalam larutan tersebut. Larutan tepu ialah larutan yang mengandungi kuantiti bahan terlarut yang maksimum.
5. Kertas turas haruslah dilipat dengan kaedah iaitu dengan dilipat beberapa kali untuk mempercepatkan proses turasan. Kemudian, ia dibasahkan sedikit terlebih dahulu dengan air suling. Perkara ini dilakukan untuk mengelakkan kertas daripada terkoyak apabila larutan yang panas itu dituangkan.
6. Larutan tepu ialah larutan yang mengandungi kuantiti bahan terlarut yang maksimum. Larutan tepu akan terhasil apabila serbuk garam yang dimasukkan tidak melarut lagi di dalam air.
7. Mangkuk penyejat digunakan adalah kerana ia dapat membebaskan haba dengan lebih cepat berbanding mangkuk yang diperbuat daripada bahan lain.
8. Penurasan tersebut dilakukan ketika larutan masih panas adalah kerana untuk mengelakkan daripada larutan menjadi hablur menjadi garam seterusnya menjadi tepu.
9. Larutan tepu dibiarkan untuk disejukkan agar hablur garam terbentuk supaya proses penghabluran berlaku. Kemudian garam tersebut dibilas dengan air suling untuk singkirkan bahan asing yang bercampur.
10. Hablur garam yang diperoleh melalui proses penghabluran lebih terang, bersinar dan berbentuk geometri. Kuprum (II) sulfat, CuSO4 merupakan contoh sistem hablur triklinik.
11. Pastikan bacaan pada penimbang elektronik pada skala sifar sebelum proses penimbangan hablur Kuprum (II) sulfat bagi mengelakkan ralat.
12. Kesalahan umum yang telah dilakukan adalah membiarkan hablur garam membentuk dengan tempoh masa yang singkat, hablur yang terbentuk menjadi kurang sempurna.
13. Kuantiti air suling digunakan adalah bersesuaian bagi memastikan hablur garam larut serta mengelakkan proses pembentukan hablur menjadi lambat.
14. Proses pengeringan hablur garam yang terbentuk dipercepatkan dengan meletakkannya diantara dua kertas turas.


KESIMPULAN
Hipotesis diterima. Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 terbentuk melalui proses peghabluran semula.







RUJUKAN
Wikipedia. (n.d). Filter paper. Dimuat turun pada 24 September 2018             https://en.m.wikipedia.org/wiki/filter_paper

Wikipedia. (n.d). Hablur. Dimuat turun pada 25 September 2018 dari          https://ms.wikipedia.org/wiki/Hablur

Wikipedia. (n.d). Penghabluran. Dimuat turun pada 25 September 2018 dari             https://ms.wikipedia.org/wiki/Penghabluran

Wikipedia. (n.d). Saturation. Dimuat turun pada 25 September 2018 dari             https://en.wikipedia.org/wiki/Saturation_(chemistry)




Comments

Popular posts from this blog

REPORT AMALI 1 BIOLOGI (SCE 1034)

ESEI 1 KESANTUNAN BAHASA MALAYSIA ( GSB1012)

REPORT AMALI 1 KIMIA (SCE 1014)