ESEI GCI 1022

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mentafsirkan perkataan globalisasi bermaksud suatu fenomena yang menjadikan dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat.[1] Manakala, global pula bermaksud sebagai seluruh dunia atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.
Situasi yang sama telah berleluasa di dunia pada hari ini terutamanya bahagian Timur Tengah iaitu seperti Palestin, Israel, Mesir, dan Syria adalah tidak asing lagi sehingga ke masa kini. Yang lebih mendukacitakan, peperangan ini menjadi lebih kritikal dan serius saban hari sehingga banyak nyawa yang terkorban sehingga mendapat perhatian oleh negara-negara lain.
Kuasa veto memberi pengaruh dan impak yang besar dalam isu Palestin- Israel ini kerana apabila mereka bersuara, semua negara hanya dapat melihat dan bersimpati sahaja. Negara lain hanya mapu mengecam keras perbuatan negara berkuasa veto itu. Sedangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggap sebagai satu pertubuhan yang berperanan bagi membela nasib dan menuntut hak serta mempertahan sesebuah negara itupun tidak mampu memberi sebarang respon yang efektif bagi menyelesaikan peperangan ini. Oleh itu, esei ini akan membincang tentang konflik dunia yang berlaku pada masa sekarang iaitu konflik Israel-Palestin serta kesannya terhadap semua negara termasuk Malaysia dan kesannya terhadap pendidikan negara Malaysia.





2.0 Latar belakang Palestin dan Israel

Palestin merujuk kepada tanah bahagian Barat Daya Syam. Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Merupakan bulatan penyambung antara Asia dan Afrika seperti mana keistimewaannya yang berhampiran dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan Palestin yang diiktiraf mencecah 27 ribu km persegi. Palestin menikmati cuaca iklim Laut Meditteranien.
Kedudukan Palestin adalah sangat strategik kerana menjadi penghubung antara pelbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Oleh yang demikian, Palestin pernah ditakluk lebih kurang 30 kali dalam  sejarah yang telah menjangkau 5000 tahun. Palestin juga mempunyai tanah yang luas serta subur.



[1] Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan            Bahasa dan Pustaka.

Manakala Israel pula ialah negara di Asia barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Palestin di sebelah timur dan barat daya, Lebanon di utara, Syria serta Jordan di Timur, dan Mesir di barat daya. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada ketika itu diduduki oleh orang Arab dan mengamalkan demokrasi berpalimen merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005.
3.0 Konflik Israel-Palestin
Konflik  ini merupakan pertikaian antara orang Israel dan orang Arab Palestin mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama telah berlangsung selama lebih daripada 60 tahun. Banyak usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini bagi mendapatkan kata putus sekaligus memerdekan negara yang tertindas iaitu Palestin. Pelbagai jenis rundingan serta perbincangan telah dilakukan, tetapi peperangan tetap berlaku. 
Pada awalnya Palestin dicerobohi pendatang daripada Yahudi. Pengisytiharan bagi petempatan Israel di tanah asal Palestin dibuat oleh setelah PBB setelah melakukan undian bagi memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antarbangsa Arab Palestin dengan Yahudi. Segelintir kaum Yahudi pada mulanya berhijrah ke Palestin disebabkan penindasan terhadap kaumnya yang diketuai oleh Adolf Hitler. Oleh itu mereka bergaul dan bersatu dengan orang arab supaya agama mereka diamalkan dan mendapat tempat perlindungan.
Pada tahun 1914 sehingga 1920, setelah tamat Perang Dunia Pertama, orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di kawasan Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman.[1] Desakan untuk menyokong penghijrahan Yahudi disuarakan oleh Zionis apabila mereka berkerjasama dengan Britain. Zionis akan membalas jasa Yahudi dengan pembentukan sebuah negara serta kepentingan British dijaga di Terusan Suez. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik menjadikan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah. Britain berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada orang Arab jika mereka menetang orang Turki. Oleh yang demikian, penetangan orang Arab berlaku di Turki. Sementara itu, Britain dan Perancis bertemu secara sulit dan merencana pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot apabila menjangka orang Turki akan ditewaskan.



[1] Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014). Teks STPM Sejarah Penggal 2 (Sejarah Islam).      Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 
Bagi rakyat Palestin, 2 November 1917 merupakan tarikh berkabung bagi seluruh dunia berikutan peristiwa ini. Perisytiharan Balfour 1917 merupakan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin dengan syarat tidak merugikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin atau hak-hak dan status yang dinikmati oleh bangsa Yahudi di negara lain. Deklarasi ini dibuat melalui surat daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis iaitu sebuah organisasi zionis persendirian. Surat ini membuktikan sokongan padu kerajaan Britain terhadap pembentukan negara bagi orang Yahudi di bumi Palestin. Orang Arab membantah tindakan beliau tetapi Britain cuba menenangkan mereka dengan berjanji bahawa petempatan orang Yahudi hanyalah pada kawasan yang diperuntukan sahaja. Rentetan peristiwa ini, bagi rakyat Palestin, 2 November adalah sebagai tarikh berkabung buat seluruh dunia bagi rakyat Palestin.
Sekitar tahun  1920 hingga 1939 merupakan pembentukan Liga-Liga Bangsa dan dianggotai oleh negara eropah. Perancis dan Britain mendapat mandat tersendiri ke atas tanah jajahannya. Penghijrahan besar-besaran Zionis bermula atas persetujuan British ke Palestin dengan penambahan penduduk Yahudi sebanyak 58 000 kepada 348 000 orang pada tahun 1923 dan 1936. Penduduk Arab di Palestin juga bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Penubuhan “Dana Kebangsaan Yahudi” oleh Zionis adalah untuk membeli tanah di Palestin tetapi gagal kerana mereka hanya dapat meluaskan sebanyak 5.6 peratus sahaja. British tidak bertindak ke atas bantahan penduduk Palestin di atas penghijrahan pesat Zionis. Oleh itu Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan pada 1936 dan berlarutan menjadi pemberontakan bersenjata ke atas British. Namun British dan Zionis berjaya menumbangkan pemberontakan itu..
Apabila Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939-1945, dasar British berkaitan Palestin berubah serta merta dan mereka cuba menghadkan kemasukan Zionis bagi menghalang orang Arab dari menyokong Jerman. Zionis kemudian mengatur penghijarahan dan kemasukan secara haram dan terang-terangan menentang British. Adolf Hitler, pemimpin negara Jerman memulakan penghapusan etnik Yahudi. Berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh sebelum Jerman tewas. Program Zionis telah berjaya membawa lebih daripada 200000 orang Yahudi berhijrah ke Palestin. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan kecuali Palestin. [1]
            Pada tahun 1946, orang Yahudi Zionis bertempur dengan rakyat Palestin sehingga Britain tidak dapat mengawalnya lalu membiarkan PBB bertanggungjawab ke atas isu Palestin. Resolusi perpecahan dibuat pada tahun 1947 dengan ketetapan PBB dengan meletakkan Palestin dibawah mandat Zionis Yahudi dan orang Arab Palestin. Pembahagian tanah air bagi rakyat Palestin ditolak oleh mereka sendiri. Oleh yang demikian, Zionis telah bersedia untuk menghadapi perpecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin bagi memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.
            Tentera British meninggalkan Palestin pada 1948 dan serta merta Zionis mengisytiharkan negara Israel bagi kaum Yahudi. Negara-negara Arab cuba menentang pembentukan negara baru ini dengan menghantar angkatan tentera. Seramai 800000 orang rakyat Palestin melarikan diri sebelum kemaraan tentera Israel. Hanya Tebing Barat Palestin dan Gaza Berjaya diselamatkan oleh angkatan tentera Arab daripada dirampas oleh Israel. Tebing Barat ditadbir oleh Jordan manakala Mesir pula mentadbir Gaza.
            Pada tahun 1949, PBB telah menjadikan Israel sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama, Israel tidak mematuhi arahan PBB untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka. Akhirnya, rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat dan Gaza. Rakyat Palestin tidak melakukan sebarang penetangan malah bersikap tidak ambil peduli dan hanya menunggu kedatangan tentera Arab bagi membebaskan mereka.
            Perkembangan semasa seterusnya menyaksikan konflik Israel-Palestin terus bergolak dan terus menjadikan rakyat Palestin menjadi mangsa sehingga menjadi pelarian seterusnya meninggalkan negara akibat pencerobohan rakyat Israel. Israel menyatakan demografi wilayah akan musnah dengan tindakan itu. Namun Palestin tetap mengekalkan tuntutan hak mereka kembali dan enggan mengiktiraf  sebagai sebuah negara Yahudi. Namun sebilangan kecil ahli akademik menyokong penyelesaian pembentukan sebuah dwinegara dimana gabungan semua kawasan Israel, Tebing Barat, dan Semenanjung Gaza menjadi sebuah negara. Namun terdapat banyak percanggahan pendapat yang penting tentang bentuk persetujuan mutakhir dan tahap kesediaan kedua-dua belah pihak terhadap komitmen asas masing-masing[2].

            Seterusnya isu 6 Disember 2017, Presiden Donald Trump telah mengumumkan Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara Israel. Baitulmaqdis merupakan kota suci bagi tiga agama iaitu Islam, Judaisme dan Kristian menjadi rebutan di antara kedua-dua Palestin dan Israel dalam konflik berpanjangan yang berdekad lamanya. Catatan sejarah menunjukkan kota Baitulmaqdis serta wilayah-wilayah di mana letaknya Palestin dan Israel pada hari ini telah didiami selama beribu-ribu tahun oleh masyarakat Yahudi, Arab dan Armenia. Kemakmuran Palestin dan kedudukan strategiknya di pinggir Laut Mediterranean mengundang banyak kuasa besar untuk menjajah wilayah ini. Masyarakat dunia terutamanya masyarakat islam dunia termasuk Gerbang pintu keluar masuk di sempadan Gaza, The Kerem Shalom Crossing juga ditutup oleh Israel. Akibatnya, bekalan makanan rakyat pelarian dan tempatan tidak dapat disampaikan. Berikutan isu ini, liga bangsa atau Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat undian atas dakwaan ini dan Palestin menang dalam undian itu seterusnya menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) bagi menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pihak pentadbiran negara Palestin cuba meneruskan usaha di PBB dan semua forum antarabangsa bagi menamatkan episod penjajahan ini dengan Palestin menjadi sebuah negara bebas.  
            Tentera Israel terus menyerang rakyat Palestin pada 15 Julai 2018 dengan mengugurkan 4 bom di bumi Palestin  ditambah lagi pertempuran yang terbaru pada 20 Julai 2018 yang mengorbankan 5 individu termasuk seorang askar Israel terbunuh. Oleh itu, genjatan senjata secara rasmi telah dipersetujui oleh pemimpin Hamas dan Israel. Pada 4 Ogos 2018 dua rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera Israel serta kira-kira 220 orang yang lain cedera dalam satu upacara tunjuk perasaan yang berlangsung di sepanjang sempadan Gaza walaupun para diplomat Palestin berusaha untuk mengadakan genjatan senjata secara berpanjangan. Secara amnya, jelas dilihat rakyat Palestin cuba untuk mendapatkan hak dan kedaulatan bumi Palestin. Konflik dan masalah semakin bertambah serta penindasan Israel terhadap rakyat Palestin jelas dilihat sehingga kini.

4.0  Kesan terhadap pendidikan di Malaysia
            Malaysia merupakan sebuah negara yang mementingkan pendidikan disamping prihatin dengan nasib manusia sejagat. Hak pendidikan merupakan salah satu elemen asas dalam kehidupan manusia kerana hidup menjadi tidak lengkap tanpa adanya ilmu. Rakyat Palestin adalah antara insan yang diberi peluang untuk belajar di Malaysia supaya mereka dapat berbakti semula di negara asal mereka apabila bergelar graduan nanti sekaligus dapat meringankan beban rakyat. Kira-kira 2000 rakyat Palestin melanjutkan pelajaran di universiti awan dan swasta di dalam negara serta mendapat tajaan biasiswa bagi sebahagian daripada mereka. Hal ini menunjukkan negara Malaysia memiliki kepakaran dalam bidang pendidikan sehingga mampu untuk melahirkan graduan-graduan yang berkualiti. Kualiti sistem pendidikan negara dapat dibuktikan dengan ambilan serta kemasukan pelajar dari luar negara mahupun dalam negara. Ini jelas membuktikan sistem pendidkan negara Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan mahupun masyarakat dunia.
            Di samping itu, kanak-kanak turut diberi perhatian dengan menyediakan bantuan dalam pengajaran silibus pendidikan yang sebaiknya bagi kanak-kanak supaya menjadi seorang yang berilmu di masa hadapan. Sekolah kanak-kanak pelarian tajaan Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) di Wangsa Maju menawarkan silibus IGCSE yang dikhususkan bagi membolehkan pelajar memasuki universiti selepas menduduki peperiksaan khas ketika berusia 16 tahun. Tambahan pula, yuran yang dikenakan hanyalah RM 50 sebulan selepas dibiayai sebanyak RM 100 oleh kerajaan. Hal ini menunjukkan keprihatinan sistem pendidikan negara Malaysia di samping mempertingkatkan kualiti pendidikan dengan menambah jumlah pelajar dari luar negara. Hal ini dapat mengalakkan interaksi secara sihat dan perkongsian ilmu sesama pelajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik negara.Seorang mahasiswa tahun dua ijazah kedua Syariah Universiti Gaza melaporkan serangan rejim Zionis telah banyak menyebabkan ramai kematian di Gaza dar hari ke hari. Beliau pelajar Malaysia yang berada di Gaza bernama Muhammad Nadir Al-Nuri menyatakan sambutan Ramadan di sana sepatutnya lebih meriah daripada sambutan Aidilfitri, namun suasana menjadi hambar akibat bedilan bom yang tidak kira masa. Rejim Zionis juga turut melakukan serangan terhadap masjid sehinggakan solat sunat terawih malah ziarah berbuka terpaksa ditangguhkan. Pemuda Malaysia itu turut menyatakan hampir setiap masa dron bergerak di atas kepalanya termasuklah sesekali pesawat pejuang F16 turut melintasi kawasannya. Hal ini jelas menunjukkan pembelajaran secara efektif tidak dapat dilakukan jika Malaysia menghantar pelajarnya ke Gaza untuk menyambung pelajaran. Pemikiran pelajar yang menuntut di Gaza akan lebih terarah terhadap keselamatan dirinya berbanding pencapaian akademik kerana dentuman bom telah menghilangkan fokus para pelajar. Oleh itu, kualiti pembelajaran serta penghasilan pelajar yang berilmu tidak dapat dilaksanakan jika suasana pembelajaran seperti ini terjadi.
Malaysia juga menyediakan akses pendidkan kepada rakyat di negara Asia Barat yang bergolak bagi memastikan mereka boleh menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Disebabkan peluang dan tawaran bagi melanjutkan pelajaran adalah terhad kepada beberapa orang pelajar sahaja. Persidangan Antarabangsa untuk Peningkatan Peluang Pendidikan (ICEEO) mencadangkan agar pembelajaran atas talian bagi semua bidang diwujudkan. Pembelajaran atas talian dapat memberikan hak pendidikan yang sama kepada semua orang di mana mereka mampu belajar tidak kira tempat mahupun masa. Di samping itu, pembelajaran secara atas talian ini adalah lebih menarik serta mampu diakses oleh semua orang khasnya kepada rakyat di negara Asia Barat yang bergolak. Kemampuan serta kemahiran penyampaian ilmu oleh sistem pendidikan negara akan dinilai oleh setiap orang di seluruh dunia. Hal ini akan menyebabkan masyarakat dunia menilai betapa majunya pendidkan negara Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti disamping membantu manusia-manusia yang ditindas. Justeru itu akan memberi peluang kepada negara Malaysia untuk menaikkan kualiti pendidkan serta melahirkan ramai pelajar yang berkualiti.


5.0 Kesimpulan
            Setiap peperangan yang berlaku pasti mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada sesebuah negara mahupun kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat dunia. Isu Israel-Palestin ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap rakyat Malaysia di mana sifat kemuafakatan perlu ada dalam setiap diri individu. Malaysia juga seharusnya memainkan peranan dengan menyuarakan pendapat bagi menamatkan konflik ini. Sebagai contoh, Malaysia mendesak PBB untuk mengambil tindakan dengan memberi bantuan ketenteraan mahupun menyalurkan bantuan kesihatan serta makanan sebagai usaha meleraikan konflik ini. Seperti negara Malaysia yang didiami oleh rakyat yang berbilang kaum, agama dan etnik perlulah saling memahami antara satu sama lain agar tidak menyentuh mana-mana sensitiviti yang mampu membangkitkan kemarahan. Sifat bermasyarakat ini seharusnya dapat menghindari peristiwa Israel-Palestin terjadi di negara Malaysia serta mampu memupuk sifat toleransi dalam diri sesama masyarakat agar negara dapat menjadi setanding dengan negara-negara maju di masa hadapan. Sistem pendidikan juga akan turut berkembang selari dengan perkembangan negara. Usaha bagi mempromosikan sistem pendidikan yang berkualiti di peringkat antarabangsa amatlah wajar kerana Malaysia akan dilihat sebagai negara yang mementingkan isu pendidikan seterusnya dilbel sebagai negara yang mempunyai kelas tersendiri di dalam bidang pendidikan. Oleh itu, pendidikan negara akan menjadi lebih cemerlang sehingga mampu melahirkan ramai pelajar yang cemerlang seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara.


Rujukan

1 Global. (n.d.). Dimuat turun pada Ogos 2018 dari      http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=global

2 Globalisasi. (n.d.). Dimuat turun pada Ogos 2018 dari          http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=globalisasi

3     Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah. (2016). Cabaran          Dan Isu Semasa Dunia. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd

4          Abdul Rauh Bin Yaacob, Hubungan Arabia Dengan British pada masa           perang dunia pertama, 1914- 1918, , Jebat 25 (1995): 97- 105

5          Muhamad Hasrul Zakariah (2017). British dan Perang Enam Hari. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.

6          Syed Azwan Ali. (2016, Ogos 27). Kanak-kanak pelarian terima pendidikan. Berita Harian. Dimuat turun pada 5 Ogos 2018 dari https://www.pressreader.com/search?query=palestin&newspapers=5831&start=2016-8-27&stop=2016-8-27&hideSimilar=1&hideSnippets=0&type=2&state=3

7          Redzuan Muharam. (2015, Mei 25). 2000 warga Palestin belajar di sini. Harian Metro. Dimuat turun pada 5 Ogos 2018 dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/05/53213/2000-warga-palestin-belajar-di-sini

8          Noor Azura Sahril. (2014, Julai 14). Pelajar Malaysia di Gaza akui nyawa dalam bahaya. Sinar Harian. Dimuat turun pada 5 Ogos 2018 dari http://www.sinarharian.com.my/global/pelajar-malaysia-di-gaza-akui-nyawa-dalam-bahaya-1.299409

9          Nur Syahirah Marzuki. (2018, Januari 19). Malaysia bantu pelajar negara bergolak. Berita Harian. Dimuat turun pada 5 Ogos 2018 dari https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/01/377718/malaysia-bantu-pelajar-negara-bergolak

10        Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11        Mahdi Suid., Sazlina Othman. (2014). Teks STPM Sejarah Penggal 2 (Sejarah Islam). Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd

Comments

Popular posts from this blog

REPORT AMALI 1 BIOLOGI (SCE 1034)

REPORT AMALI 1 KIMIA (SCE 1014)

ESEI 1 KESANTUNAN BAHASA MALAYSIA ( GSB1012)